If neverland
exist
i'm not here
tag please or die

.
cbox recommended. Width: 350px.
Khalili Zadrul Izham

OHH, I'm so sorry, I am sooo emotional right now and don't get me wrong cause I don't mean it. This is just a heart of mine that part of it has already dead.

Find Me

Facebook Instagram
23 December 2016 @ 4:15 pm
Practical Training Presentation
Minggu terakhir adalah minggu yang paling menyeksakan.
Kini aku agak kita mungkin dah sampai ke penghujung semester. Tak lama aku kira kira yang kita akan habis degree. Hampir dua tahun.

Kalau dulu aku rasa nak menghabiskan dua tahun adalah satu jangka masa yang panjang, tapi dengan keadaan bumi yang dah tua ni, aku tak rasa dua tahun tu lama. Setakat hampir 3 semester ni banyak juga benda yang jadi, biasalah hitam putih kehidupan, naik dan turun nya seseorang tu, jatuh dan bangun nya semangat seseorang tu, hanya dia yang tahu.

Bersyukur dengan apa yang terjadi kerana sesuatu yang jadi ada hikmah nya, baik atau buruk Allah dah tetapkan. Kalau tak ada yang dulu mana nak ada yang sekarang. 

Hari ni presentation pasal Latihan Industri dan berkesempatan pakai baju kurung sepanjang 6 bulan ni. xD



Cerita pasal praktikal sebagai student of fine arts, nasihat aku pada adik adik, kalau nak praktikal dengan artist, pilih lah artist yang bagus. Kajilah dulu latar belakang beliau, tanyalah pada sesiapa yang kenal dan mintak lah pendapat. Sebab kalau kena dengan yang tak betul, dia nampak budak praktikal ni kuli, bukan nya sebagai pelajar yang nak ambil pengalaman bekerja.




Kadang kadang ambil kesempatan ni muslihat paling utama, guna sehabis baik, bila tak puas hati, tunggu la markah penilaian kau. HAHA

Tapi tak apalah, benda dah pun jadi dan hanya boleh sampaikan sedikit pesanan.






Disebabkan terjadi dahulu, maka ada yang sekarang :)


Note : click ni ⟶⟶⟶ Blog lama Khalili


back to top?
@ 3:40 pm
When I Was Yours
You left me a simple note. Thank you for the note.

For sure, I will not forget for what you have done and I'm still remember every single thing.
But I choose not to :) 

Hidup ni cuma pinjaman macam tu jugak kau dan aku. Satu pinjaman. Datang nya kau dalam hidup hanya untuk membuka mata aku, menguji kesabaran aku, dan hilang nya kau adalah nilai keimanan aku selama ni. Datang nya kau dalam kiriman doa dan hilangnya kau saat doa itu terhenti. 




back to top?
11 December 2016 @ 11:25 am
FlashBack Forum
HAHA XD

baca title pun dah tau hodoh >_< ini kan lagi tengok gambar gambar nanti.
So, hari ni nak flashback balik memori memori lama masa zaman sekolah dulu, yang bajet bajet comel, duck face, mulut muncung macam kena sepit dengan ketam tu HAHAHA

Betul lah orang kata bila kita dah besar, tengok balik gambar lama yang kita amik dulu dia punya bodoh tu tak dapat kesan level berapa.  Nak cerita pasal zaman sekolah ni tak ada lah yang menarik pun kehidupan aku, cuma seorang perempuan yang membosankan dan tak ramai kawan serta kurang di minati. 

Kawan kawan pulak ada yang boleh pakai dan ada yang tak boleh pakai tu dah tentu lah kan, and most of the time aku di kelilingi oleh kawan kawan yang agak nakal kalau nak di kategorikan dulu sekolah aku panggil "budak budak otai" di mana minah nya berkain singkat dan tudung singkat, stokin singkat semua lah singkat. Walaupun aku berada dalam golongan tu tapi pakaian aku tak ada lah pulak singkat macam tu. Cuma aku ni tak mudah terikut ikut.

Diorang lepak melepak, aku tak ikut, kalau dulu masa tengah gedik nak berjantan, asal ajak nak jumpa jantan je, aku tak pernah ikut, sebab aku takut jumpa jantan yang kenal melalui fon and I am not into it. Kalau setakat aku teman kau pastu kau sembang dengan jantan tu habis aku ni nak jadi tunggul kayu ke apa? HAHA

Okay la cerita panjang pun tak guna bukan nya menarik sangat pun.

 Ini antara kawan yang baik baik la lagi



Ini formasi apa benda pun aku tak tahu la


Ini selepas subjek kemahirun hidup, kena masak

Ini hari raya tak silap aku



Amacam, comel tak HAHA


Aduhh, apa punya spoil lah muka

Ketinggian tetap milih aku hmmm


HAHAHA alahai muka 

Dah lah, sesikit je la dulu. HEHE

PS / Sebenarnya ni blog baru aku, blog lama aku dah lupa password dan email sebab dah lama sangat tak bukak. Kalau berminat nak baca blog lama ni ha dia

http://someday-thepast.blogspot.my/

back to top?
8 December 2016 @ 2:33 pm
TRIP TO ART CUBE
So, today is our trip to Galeri Art Cube which is the exhibition by Alia and Farouk Khan Collection. Semua work sangat terbaik and I was thinking how they do it. Menjadi seorang artist ni bukan nya mudah. Kalau korang fikir Fine Art ni hanya melukis, korang silap besar. Art is idea. Mencari idea tu bukan mudah. 

Kalau setakat diploma in Fine Art and kau masuk degree dah buat kau rasa kau tahu apa itu fine arts, believe me you're wrong. Diploma selama 2 tahun setengah tak cukup untuk buat kau faham apa itu fine arts. Even degree pun. Betul lah kata orang ilmu tu kita kena sentiasa cari. Tak kira la dah tua atau masih muda .


Tengah gatal pulak kepala time ni


Fav artwork by Fuad Osman






Okay, itu je. Kalau nak tahu life as an artist macam mana, boleh la baca baca untuk next post. HAHA XD (padahal tak de la artist pun) Just life as fine art student laa

back to top?
@ 2:17 pm
Give and Get

"WHAT YOU GIVE IS WHAT YOU GET BACK"  they said. People believe in it and so do I. But now it is kind of... really? Aku buat yang terbaik and why aku dapat yang macam ni? Aku harapkan macam tu and at the end dia jadi macam ni. 

Kadang kadang balasan untuk diri sendiri jugak. Well, kalau ini balasan nya jadi patut pun aku dapat macam ni sebab mungkin dulu aku pernah buat kat orang. And then bila aku buat baik dengan orang ni, orang ni pulak buat benda yang sama macam aku buat dulu. Kalau ikut muhasabah diri nya macam tu lah. Walaupun aku tahu aku buat macam tu bersebab. 

Jadi aku faham perasaan kau sekarang kawan. Bila diri kau hanya dihargai bila kau mula nak menghilang. Tapi even kau dah hilang pun aku tetap tak rasa menyesal sebab aku tahu segala yang jadi ada hikmahnya. Hilangnya kau mungkin sebab aku tak baik untuk kau malah mendatangkan buruk lagi pada kau. 

Sometimes, You just don't get back what you give. Yes, aku pernah dengar ayat ni. Tak semestinya apa yang kita bagi kita akan dapat balik. Jadi tak adalah semuanya negative kan, kadang kita dah buat yang terbaik tapi kita dapat yang tak baik. Sebab kau akan dapat yang terbaik tu dari orang lain dan bukan dari orang yang kau buat baik tu :) 

And this is the last thing...




back to top?
7 December 2016 @ 3:02 am
BAIK DAN BURUK
Seindah indah yang baik itu tidak ada nilai di mata orang. Lagi mempersoalkan tentang kebaikan yang kau dah buat. Atau bila kau sentiasa buat benda yang baik, sekali kau salah, semua akan di persoalkan termasuk benda baik yang kau dah buat.
Pandai bermain dengan kata kata tapi tak pernah nak hadam. Pandai meluahkan tapi tak pandai nak menerima. Salah sekali semua salah. Segala yang baik kau pernah buat pun salah. Manusia suka buat kau jatuh. Suka buat kau merayu. Nak menyedarkan kau tapi dengan cara yang halus, nak menjatuhkan tapi dengan membuat alasan kedua iaitu menyedarkan. 

Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang paling merbahaya termasuk diri sendiri. Kerana diri sendiri pun tak lari dari melakukan kesilapan apatah lagi orang lain. 




back to top?
5 December 2016 @ 8:14 pm
Beginning
Ni blog baru selepas kehilangan blog yang lama. Entah macam mana boleh lupa pulak email dan password. Mungkin sebab dah lama tak bukak 😂 

Kalau nak tengok blog lama kat sini 

someday-thepast.blogspot.com 

 


back to top?
monthly archive

December 2016 March 2018
recent entries

The One You Love will Hurt You The Most Practical Training Presentation When I Was Yours FlashBack Forum TRIP TO ART CUBE Give and Get BAIK DAN BURUK Beginning